Rakyat Sabah Perlukan Bantuan Sekarang Bukan Tahun Depan – Najib

najib.jpg
Kongsi Bersama

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi gesaannya agar kerajaan menyegerakan pemberian dana tunai tambahan RM1,000 buat rakyat Sabah, khususnya penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Katanya, negeri itu dijangka bakal menerima pembayaran cukai petroleum sebanyak RM1.25 bilion tahun hadapan, ramai rakyat Sabah memerlukan bantuan segera.

“Sabah perlukan bantuan sekarang bukan tahun depan,” kata ahli parlimen Pekan itu pada sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat hari ini.

Dilaporkan sehingga kini, terdapat 737,797 penerima bantuan BPN dari golongan B40 dan M40 di Sabah.

Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mencelah turut berpendapat bantuan RM1,000 juga boleh diberikan kepada penerima BPN di Sarawak, Kelantan dan Terengganu kerana negeri-negeri tersebut juga bakal menerima bayaran cukai petroleum dari Petronas.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top