Rakyat Sabah akan nikmati bekalan elektrik lebih baik

dr-aliakbar.jpg

Dr Aliakbar

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berpandangan setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan tiga rang undang-undang berkaitan tenaga dan elektrik, ia merupakan satu sejarah penting.

Beliau berkata, selepas Sidang Khas DUN 3 Januari lepas, negeri itu sudah mempunyai Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

“Tiga rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, Rang Undang-undang Bekalan Elektrik 2024 dan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2024,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Mengulas berhubung kronologi penyerahan kuasa beliau berkata, ia bermula pada 3 Oktober 2022 apabila Datuk Seri Takiyuddin Hassan, selaku Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada masa itu membentangkan Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022 dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2022.

”Pada pandangan saya, setelah DUN Sabah meluluskan ketiga-tiga rang undang-undang ini, ia merupakan satu sejarah penting,” katanya.

Menurut beliau yang juga ADUN Dilantik, selepas ini rakyat Sabah akan terus menikmati bekalan tenaga elektrik yang lebih baik.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top