Rakyat Perlu Tahu Perkembangan Vaksin Covid-19 – SAPP

vaksin-covid-19.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, sudah tiba masanya rakyat di negara ini mengetahui berhubung kemajuan proses mendapatkan vaksin Covid-19.

Katanya, profesional kesihatan yang mengurus perihal vaksin Covid-19 seperti ketua pengarah kesihatan perlu memberikan maklumat yang berwibawa berhubung perkara itu.

“Rakyat Malaysia telah lama menunggu untuk mengetahui lebih banyak mengenai jalan menuju ketersediaan vaksin Covid-19.

“Ini kerana negara jiran kita telah menetapkan rancangan dan garis masa mereka untuk memulakan vaksinasi penduduk masing-masing.

“Laporan berita arus perdana menyebut bahawa vaksin Covid-19 akan tersedia pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Oleh itu, semua mata dan telinga tertumpu pada vaksin berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Yong, yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata, sebagai contoh Indonesia menyisihkan dana sebanyak 34.23 trilion Rupiah (RM900 juta) untuk mendapatkan vaksin pada akhir tahun ini dan tahun depan.

“Selain itu, Singapura menubuhkan jawatankuasa vaksinnya, manakala Filipina memulakan percubaan tahap ketiga mengenai vaksin.

“Rusia, China dan beberapa negara Amerika Selatan menggariskan rancangan mereka mengenai pemerolehan dan penggunaan vaksin Covid-19, bahkan Amerika Syarikat hampir mengumumkan rancangan mereka.

“Mengapakah pihak berkuasa kesihatan kita agak senyap dalam isu vaksin? Vaksin adalah pencegahan jangkitan virus yang lama ditunggu-tunggu dan jawapan kepada penderitaan rakyat,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top