“Rakyat kata Sarawak lebih elok dijaga oleh orang Sarawak” – Abang Johari

abang-jo-GPS.jpg
Kongsi Bersama

“Nah, rakyat kata Sarawak lebih elok dijaga oleh orang Sarawak,”  itu antara jawapan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Openg ketika menjawab soalan mengenai prestasi buruk DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang menyaksikan kemenangan besar GPS hari ini.

Sehingga berita ini ditulis, Utusan Malaysia melaporkan keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS menang 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Keputusan itu juga menyaksikan DAP cuma meraih dua kerusi daripada 26 kerusi yang ditandingi.

Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula yang pertama kali bertanding meraih empat kerusi.

Pada PRN lalu, DAP cuma memperoleh tujuh kerusi.

Sekutu DAP dalam PH iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing kalah kesemua 28 dan lapan kerusi yang ditandingi mereka.

Kira-kira jam 9 malam ini, para pemimpin tertinggi GPS berkumpul di Pusat Konvensyen Borneo Sarawak untuk meraikan kemenangan mereka.

Diketuai pengerusi gabungan itu, Abang Johari, mereka mengibarkan bendera GPS dan menyanyikan lagu parti.

“Sarawak first!” laung mereka, yang berpakaian warna merah dan putih.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top