Rakan Politik Dan NGO Meriahkan Sambutan Aidilfitri PAS Zon Sandakan

raya-PAS.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Aizal Samsaruddin

SANDAKAN: Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Zon Sandakan yang diadakan di Batu 5 dekat sini, semalam dimeriahkan dengan kehadiran rakan politik dan NGO dari pelbagai peringkat.

Antara yang turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Mokran Ingkat, yang ketibaannya disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid bersama Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain serta pimpinan PAS yang lain.

Turut bersama memeriahkan majlis ialah Ketua MCA Bahagian Sandakan, Kok Tsui Yee, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Elopura, Ng Boon Leng dan Timbalan Presiden 1 Majlis Perbandaran Sandakan, Faridah Giau.

Selain itu, majlis berkenaan turut dihadiri rakan-rakan politik antaranya dari UMNO dan Bersatu, pegawai-pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), asatizah, ahli jawatankuasa masjid serta pengamal media.

Sahar yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, ketika berucap merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada ADUN Sungai Manila atas kesudian hadir ke majlis yang penuh bermakna itu.

“Saya yakin dengan kehadiran kita semua dalam majlis ini mampu mengeratkan lagi perpaduan PAS bersama dengan rakan politik, NGO, asatizah dan seluruh lapisan masyarakat,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan

Mokran yang turut berucap dalam majlis berkenaan menyatakan perasaan terharu atas jemputan yang dibuat oleh pimpinan PAS Zon Sandakan.

Beliau turut mendoakan agar penduduk Sabah sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan terhindar daripada sebarang wabak khususnya Covid19.

Sambutan Aidilfitri PAS Zon Sandakan ini merupakan julung kali diadakan selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top