Rakaman Suara Polis Kejar Penculik Tidak Benar, Kejadian Babitkan Kes Curi

Superitendan-Zairolnizal-Ishak.jpg

Zairolnizal

Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Polis mengesahkan rakaman suara yang ditularkan serta disebarkan melalui aplikasi Whatapps dan media sosial Facebook yang didakwa dengan kejadian polis mengejar penculik adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superitendan Zairolnizal Ishak berkata kejadian sebenar yang didakwa berlaku di kawasan Kampung Beliajung dan Kampung Teritipan itu adalah membabitkan kes curi.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu mengesahkan perkara yang ditularkan dengan dakwaan pihak polis mengejar penculik adalah tidak benar sama sekali.

“Suspek yang ditangkap dalam kejadian itu adalah dipercayai terlibat dengan kes curi,” katanya.

Beliau berkata pihak polis menasihatkan orang ramai agar menghentikan penyebaran mesej tersebut kerana ianya berita tidak benar serta menimbulkan kegusaran awam.

“Mana-mana individu yang dikesan menyebarkan sebarang berita palsu boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komuniksi Dan Multimedia 1998 iaitu dengan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top