Raja Petra meninggal dunia

RPK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di United Kingdom (UK) malam Isnin, pada usia 74 tahun.

Pemergian Raja Petra disahkan oleh adiknya kepada portal berita FMT.

‘Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin 9 Sept di Manchester, UK,’ katanya dalam teks ringkas kepada FMT.

Raja Petra, lebih dikenali sebagai RPK, dilahirkan pada 27 Sept 1950.

Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang sering menjadi kontroversi.

Beliau telah menetap di Manchester selama beberapa tahun.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top