Raikan Hari Kebangsaan Dengan Penuh Patriotisme, Ketepikan Perbezaan Yang Boleh Gugat Perpaduan – KM

hajiji-4.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa semua rakyat Malaysia di Sabah untuk bersatu dan menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh rasa bangga dan patriotisme.

“Bersyukurlah dengan keamanan dan keharmonian yang telah kita kecapi. Marilah kita mengenepikan perbezaan dan anasir-anasir yang boleh menggugat perpaduan.

“Marilah kita fokus kepada persamaan kita untuk membangun negara yang lebih baik,” katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan 2021 di sini, hari ini.

Hajiji berkata, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, rakyat Malaysia perlu terus bangkit dan bersama kerajaan untuk menempuh saat-saat sukar ini termasuk terus berjuang melawan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan serta ekonomi.

“Tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin, mencerminkan tekad kerajaan dan rakyat untuk memerangi pandemik COVID-19. ”

Katanya, keprihatinan rakyat Malaysia itu dizahirkan dengan meraikan jasa, pengorbanan semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan negara terus dilindungi serta selamat daripada pandemik COVID-19 dan ancaman keselamatan.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top