Ragbi: New Zealand Cavaliers rampas Kejuaraan Borneo Sevens

Ragbi.jpg

Pasukan ragbi Cavaliers dari New Zealand meraikan kejayaan mereka setelah menjuarai kejohanan Ragbi Antarabangsa 7 Sebelah Borneo Sevens di Eagle Rugby Club Arena semalam. - Foto: Bernama

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Borneo Eagles gagal mempertahankan kejuaraan apabila tewas kepada New Zealand Cavaliers 12-19 dalam perlawanan akhir kejohanan ragbi Borneo Sevens di sini semalam.

Pemain kedua-dua pasukan tampil dengan kekuatan sama dari segi kemahiran dan kepantasan sehingga menamatkan perlawanan separuh masa pertama terikat 12-12.

Legenda All Blacks Orene Ai’i, 45, yang kembali beraksi bersama Cavaliers selepas persaraan dua tahun lepas berkata ia merupakan aksi final yang hebat yang menyaksikan pemain muda pasukannya mampu belajar dari kesilapan dan bangkit semula untuk memenangi perlawanan hari ini.

Kapten Cavaliers, Lewis Ormond berkata, Borneo Eagles merupakan pasukan yang hebat dan sudah pasti akan kembali lebih menyengat tahun depan.

Sementara itu, dalam kategori wanita, Borneo Flyers menjulang trofi cabaran selepas membelasah Uzbekistan 40-0.

Kapten Flyers, Dhys Faleafaga berkata, beliau berbangga dengan pasukannya kerana semua telah bekerja keras untuk mempertahankan kejuaraan.

“Mereka memudahkan tugas saya selaku kapten. Saya dapat lihat begitu banyak potensi dan saya beritahu mereka bahawa saya percaya mereha tahu cara bermain ragbi dengan baik kerana mempunyai kemahiran yang hebat,” katanya.

Juara bagi kategori lelaki dan wanita membawa pulang wang tunai AS$5,000 dan trofi cabaran serta pingat yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Naib juara pula membawa pulang AS$2,000 berserta pingat.

Bercakap kepada pemberita, Hannah berkata, beliau akan mengusahakan geran padanan sukan kepada Borneo Sevens tahun depan.

“Borneo Sevens adalah acara tahunan untuk menarik pelancong dari pelbagai negara. Pelancongan sukan adalah baik untuk Sabah. Kementerian saya akan terus memberi sokongan kepada Borneo Sevens dalam usaha menarik lebih banyak pasukan kuat untuk menyertainya,” katanya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top