Rafizi Semakin Jauh Di Hadapan

saifuddin-rafizi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tewas di Selangor bagi saingan jawatan timbalan presiden PKR, kepada saingannya, Rafizi Ramli.

Berdasarkan keputusan semasa, Saifuddin tewas di sebahagian besar bahagian di negeri itu dengan memperoleh 22,101 undi, menurut laporan Berita Harian.

Rafizi berjaya meraih 25,449 undi selepas menguasai 13 dari 22 bahagian PKR di Selangor.

Selangor merupakan negeri terpenting susulan mempunyai ahli PKR tertinggi dan penting dalam perebutan saingan orang nombor dua parti.

Selain Selangor, Rafizi yang juga naib presiden dilaporkan menguasai empat negeri lagi membabitkan Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah.

Menurut laporan terbaharu Rafizi menang 11 daripada 15 bahagian PKR Kedah.

Saifuddin ialah salah seorang Ahli Parlimen PKR di Kedah dengan mewakili Kulim-Bandar Baharu.

Di Melaka, Rafizi menang selepas memperoleh 2,427 undi dan mengatasi Saifuddin, yang memperoleh hanya 1,464 undi, sementara di Negeri Sembilan, Rafizi juga menguasai jumlah undian diperoleh di semua lapan bahagian PKR di negeri itu.

Sementara di Kelantan, Rafizi memperoleh 3,222 undi selepas menguasai 11 daripada 15 cabang di negeri itu, sementara 2,132 undi pula diperoleh Saifuddin.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sebelum ini, berkata seramai 147,334 ahli PKR mengundi dalam pemilihan kali ini atau sekitar 13.17% daripada 1,118,423 ahli yang layak mengundi kali ini.

Ini bermakna, mana-mana calon yang melepasi jumlah 73,667 undi atau 50% khususnya bagi perebutan jawatan timbalan presiden PKR, boleh dianggap menang dalam pemilihan perebutan jawatan itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top