Rafizi Kembali Ke Gelanggang, Umum Tanding Timbalan Presiden PKR

Kongsi Bersama

Bekas ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi yang memegang jawatan naib presiden PKR berkata dia mengambil keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik selepas kegagalan Pakatan Harapan (PH) di empat pilihan raya sebelum ini, dengan yang terbaru di Johor.

“Selepas keputusan PRN Johor, saya menyedari bahawa PKR dan Pakatan Harapan (PH) telah ditolak rakyat hingga jatuh menjadi gabungan ketiga selepas Umno/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

“Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaharu, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika PKR dan Pakatan Harapan terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

“Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top