QSB buka pintu kepada syarikat luar jalin kerjasama melabur di Sabah – Pengerusi

qhazanah-sabah.jpg

Kredit foto: Qhazanah Sabah Bhd.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Syarikat berkaitan kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Berhad (QSB) sentiasa mengalu-alukan mana-mana syarikat dari luar negara yang ingin menjalin kerjasama untuk melabur di Sabah, kata Pengerusinya Datuk Dr Yusof Yacob.

Yusof berkata QSB bersedia untuk berunding dan berbincang mengenai bentuk kerjasama yang sesuai dengan pelabur negara luar sama ada dari China, Singapura atau mana-mana negara lain.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menerima kunjungan daripada delegasi ahli perniagaan Global Confederation of Belt and Road Economic Cooperation di Menara Kinabalu di sini, pada Selasa.

Delegasi persatuan yang dianggotai ahli perniagaan dari Singapura dan China it diketuai setiausaha agung yang juga naib presidennya Xu Feng dan pengerusi eksekutifnya Chris Chan.

Hadir sama, timbalan pengerusi Invest Sabah Berhad George Wong dan timbalan ketua pegawai eksekutif kumpulan QSB Rudy Jaglul.

“Mereka ini terdiri daripada 98 usahawan dan ahli perniagaan pelbagai industri yang bersedia melabur dan menjalin kerjasama dengan QSB. Kita alu-alukan ketibaan mereka dan akan berbincang mengenai apa jenis kerjasama yang akan dilaksanakan nanti.

“Namun demikian kita kena selesaikan beberapa isu asas iaitu kordinasi dengan Sabah Invest Berhad dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan negeri yang lain supaya tidak bertindih agar memberi impak baik kepada negeri Sabah supaya ada matlamat tertentu akan tercapai melalui pelaburan,” kata Yusof. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top