Qhazanah Sabah Sumbang Dana Kepada PBS Untuk Sertai Kejohanan Badminton Dunia Senior

SSK-badminton.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) tampil ke hadapan memberi sokongan kepada Persatuan Badminton Sabah.

Bagi maksud itu, QSB melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah memberi sumbangan dana kepada Persatuan Badminton Sabah bagi menyokong penyertaan ke Kejohanan Badminton Dunia Senior Sepanyol BWF 2021.

Sebagai simbol sokongan kepada persatuan itu juga, Pengerusi QSB Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak semalam menyampaikan sumbangan dalam bentuk jersi kepada Pengadil Kebangsaan dan Pengadil Persatuan Badminton Sabah, Datuk Anthony Linggian .

Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif QSB (Korporat) Noor Afzalinah Afzul Khan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top