Qhazanah Bantu Usahawan PKS Pasar Produk

usahawan-kelupis.jpg

Radziah menunjukkan kuih kelupis yang dihasilkannya.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Suri rumah Radziah Matarsad dalam kini dalam misi memperkenalkan semula makanan tradisional masyarakat Brunei Sabah seperti kuih kakara dan kuih pandan bakar dan Qhazanah Sabah Bhd (QSB) membantunya mencapai impian itu.

Cabang pelaburan Kerajaan Negeri Sabah itu, melalui premis Kojasa Mart, membantu ibu tujuh anak berusia 40 tahun itu untuk memasarkan kuih kelupisnya dan sebahagian hasil pendapatan itu dilaburkan semula dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan nilai tambah produk kepada produk baharu seperti kuih kakara.

“Sejak kecil lagi, saya sudah libatkan diri dalam membuat kuih muih bersama mak cik dan ibu saya khususnya ketika perayaan Hari Raya serta perayaan lain.

“Saya mendapati kek seperti ini sudah dilupakan kerana tidak lagi dihidang ketika dalam perayaan,” kata Radziah.

Menerusi R&D beliau serta usaha mengumpul pelbagai versi resipi kuih muih dari kalangan mak ciknya, Radziah seterusnya berjaya menghasilkan kuih serta proses pembungkusan yang baik.

Berkongsi aspirasi Radziah ialah Grace Prudente @ Norazimah Shazana Abdullah, pengurus besar Kojasa Holdings Bhd, anak syarikat QSB yang mengendalikan kedai Kojasa Mart.

“Kami sentiasa mencari produk unik daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpangkalan di Sabah yang boleh kami bantu untuk memasarkannya di kedai kami,” kata Grace.

“Sebagai contoh, sesetengah orang menghasilkan tempe goreng sebagai makanan ringan, tetapi kami mencari mereka yang berusaha keras untuk menonjolkan produk mereka, contohnya mempunyai variasi keju atau telur masin,” tambahnya .

Grace berkata produk daripada lebih 20 PKS Sabah kini dijual di cawangan Kojasa Mart dan ini termasuk barangan sejuk beku seperti kelupis mini Radziah serta karipap, popiah atau spring roll dan rendang daging serta pelbagai lagi.

“Kami berhasrat untuk menambah lebih banyak produk tempatan apabila aktiviti perniagaan seiring dengan perkembangan cawangan kami,” katanya, sambil menambah antara misi Kojasa ialah mewujudkan peluang perniagaan untuk PKS Sabah.

Grace

“Kami juga ingin membantu mereka melalui pembangunan dan pengeluaran bersama produk mereka sambil mewujudkan saluran pemasaran dan promosi di Malaysia dan antarabangsa,” tambah Grace.

Jelasnya, Kojasa bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah dan Dewan Perniagaan Usahawan dalam mengenal pasti produk yang boleh dipasarkan melalui Kojasa Mart.

Kojasa Mart juga akan mengetengahkan produk buatan Sabah dengan meletakkannya di lokasi-lokasi penting di premis seperti berhampiran pintu masuk.

“Kami juga akan mengadakan acara promosi seperti percubaan produk atau ujian secara berkala untuk mengetengahkan barangan tempatan ini. Dengan itu kami dapat melakukan tinjauan sekali gus boleh membantu pengeluar mengenal pasti jenis penambahbaikan yang boleh dibuat,” kata Grace.

“Terdapat banyak PKS Sabah dan kami ingin memainkan peranan kami membantu memupuk mereka, menggalakkan inovasi dan menghasilkan produk unik supaya secara bersama kita boleh maju di bawah konsep Sabah Maju Jaya,” tambahnya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top