Putus cinta punya pasal berjalan bogel di tempat awam

bogel.jpg

Rakaman yang tular di media sosial. (Sumber: Medsos/HMetro)

Kongsi Bersama

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga asing tekad berbogel di tempat awam, di sini awal pagi Khamis lalu kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggal teman wanita.

Perbuatan tidak senonoh itu disedari seorang wanita yang bekerja sebagai penjaga hotel berhampiran, sebelum bertindak menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, suspek yang masih berjalan di tempat awam dalam keadaan bogel, ditahan pada pukul 1:38 minit pagi.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular video berdurasi 3 minit 57 saat memaparkan seorang lelaki melintas jalan dalam keadaan berbogel namun ditahan dua lelaki.

Tidak lama kemudian, polis datang dengan sebuah kereta peronda dan menahannya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top