‘Putera Usukan’ Jadi Harapan terbaik BN rampas kerusi Kota Belud

SSK.jpg

DSP Dr Salleh Tun Said (gambar fail)

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan mengukuhkan kemungkinan merampas kerusi Parlimen Kota Belud di Sabah daripada Warisan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), jika mencalonkan seorang “putera” tempatan yang berpengaruh, kata penganalisis.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, anak jati dengan latar belakang keluarga terkemuka seperti bekas menteri persekutuan, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak mempunyai peluang lebih cerah memenangi kerusi itu berbanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

“Warisan menang di Kota Belud pada PRU14, dan kini wujud peluang sama rata untuk semua pihak menang di situ. BN memerlukan pelbagai kelebihan, termasuk mencalonkan seorang anak jati untuk menawannya kembali,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, penting untuk BN merampas semula Kota Belud kerana ini akan menyukarkan Warisan bertapak di pantai barat negeri itu.

 

Baca seterusnya di FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top