Putar belit kenyataan Afnan: Pemuda PAS Sabah lapor polis

pemuda-pas-sabah-lapor-polis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS Sabah telah membuat laporan polis ke atas pemilik akaun TikTok, Em Jay di Balai Polis Alamesra, di sini, kelmarin.

Ketuanya, Hendri Hamsah berkata laporan polis itu dibuat kerana pemilik akaun tersebut telah memutar belit sebahagian ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden tanpa menjelaskan di laman TikToknya.

Menurutnya, pemilik akaun itu juga telah menggunakan gambar ahli keluarga Afnan Hamimi dan menghasut orang ramai dengan membuat kenyataan yang tidak wajar kepada ahli keluarga Afnan.

Tambahnya, tindakan itu telah menyebabkan ahli keluarga Afnan Hamimi berasa tidak selamat kerana telah dijadikan modal politik untuk tujuan eksplotasi orang ramai tanpa kebenaran Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

Terdahulu, akaun TikTok itu memuat naik sebahagian ucapan Afnan bersama gambar keluarganya dengan menganggap bahawa ucapan itu adalah tuduhan buruk kepada PMX.

Tegasnya, Pemuda PAS Sabah memberi amaran kepada semua cybertrooper Pakatan Harapan agar tidak cuba untuk memutarbelitkan kenyataan bagi tujuan memburukkan keadaan. – HARAKAHDAILY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top