Pusingan-P Ganti Pusingan-U Di Lebuh Raya Pan Borneo

p-turn.jpg

Sebahagian Lebuh Raya Pan Borneo. (Gambar PWD)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pusingan-P akan diperkenalkan di Lebuh Raya Pan Borneo bagi mengurangkan risiko kemalangan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya, pusingan-P akan menggantikan kaedah konvensional pusingan-U di lebuh raya tersebut. Lebih 200 pusingan-P dijangka akan dibina.

FMT yang memetik Bernama melaporkan Fadillah berkata, satu program kesedaran keselamatan jalan raya juga akan dijalankan bagi membolehkan pengguna menyesuaikan diri ketika melalui lebuh raya itu yang dalam peringkat akhir pembinaan itu.

“Pan Borneo merupakan lebuh raya pertama di Sarawak yang merupakan jalan empat lorong dan dua hala di mana kita melihat kejadian kemalangan agak banyak berlaku,” katanya.

Katanya, menurut statistik sebanyak 355 kes kemalangan maut telah dilaporkan antara Januari dan Jun tahun ini, yang angkanya dianggapnya membimbangkan.

Menurutnya, sikap pengguna yang memandu melebihi had laju, melawan arus selain memintas penghadang jalan kerana mahu tiba cepat ke destinasi menjadi beberapa lagi punca kemalangan di lebuh raya itu.

Fadillah berkata beliau diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membantu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagi mencari kaedah untuk mempercepatkan lagi penyiapan lebuh raya berkenaan.

Menurutnya dua daripada tiga seksyen pembinaan lebuh raya itu dijadualkan siap sebelum penghujung tahun ini yang terdiri dari Seksyen Sarikei dan Bukit Begunan, sementara Seksyen Lambir berdekatan Miri bakal disiapkan tahun depan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top