Pusat Sehenti Selaraskan Hal Pertanian Antara Kementerian Dan Kerajaan Sabah

Chan-Foong-Hin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mencadangkan agar sebuah pusat sehenti diwujudkan di Sabah bagi menyelaraskan hal berkaitan pertanian antara kementerian itu dan kerajaan Sabah.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin, berkata pusat itu akan menempatkan semua agensi MAFS dan wakil jabatan bagi menyelaraskan semua maklumat terkini berkenaan inisiatif kementerian dan kerajaan negeri berkenaan hal pertanian.

“Di Sabah, pertanian ada yang di bawah kerajaan negeri dan sebahagian seperti (pemberian) geran lebih kepada kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2023 MAFS di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, pada Selasa.

Katanya, pusat sehenti, yang akan diwujudkan di Kota Kinabalu, itu juga akan menjadi saluran untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat.

Dalam pada itu, Chan berkata, Agrobank telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk dua program iaitu Agropreneur Muda dan Kebun Komuniti di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, berkata kemudahan pembiayaan itu terbuka kepada belia yang berumur 40 tahun ke bawah.

Beliau berkata melalui pembiayaan itu akan memperkasakan seruan MAFS dengan menggunakan kaedah pertanian moden.

“Melalui peruntukkan ini dianggarkan seramai 200 peserta dan boleh memohon di mana-mana cawangan Agrobank terdekat,” katanya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top