Pusat Latihan Dakwah Al-Bukhary Bakal Jadi Mercu Tanda Kejayaan USIA

Sapawi-USIA.jpg

Kredit foto:FB SABAHitz On9 TV

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pusat Latihan Dakwah Al-Bukhary kendalian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di Kampung Marasinsim, Kota Marudu bakal menjadi mercu tanda baharu kejayaan USIA terutama dalam bidang Vokasional dan Teknikal (TVET).

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad berkata sasaran utama USIA ialah memastikan pusat latihan dakwah itu dapat disiapkan dan digunakan secepat mungkin.

Insya Allah dalam masa terdekat kerja-kerja penyiapan Pusat Latihan Dakwah itu akan bermula.

Peruntukan yang cukup telah diperolehi bagi melengkapkan dan menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai sejak lima tahun yang lalu…projek itu hampir 80 peratus siap,” katanya.

Sapawi berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa USIA Pusat di sini tadi.

Menurutnya Pusat Latihan Dakwah itu dijangka siap pada penghujung tahun ini dan apabila siap, ia akan dimanfaatkan sebagai pusat untuk melatih Lepasan Maahad Tahfiz Al Quran dari seluruh negeri Sabah dalam bidang TVET.

Sapawi berkata USIA akan bekerjasama dengan Institut Kemahiran Islam Darul Redzuan (IKDAR) bagi menyediakan latihan TVET sehingg ke peringkat Ijazah.

Selain itu, beliau berkata Pusat Pendidikan Islam USIA bagi kanak-kanak sedang dalam pembinaan di Kampung Tanjung Aru.

Setakat ini projek itu telah siap 25 peratus dan apabila siap kelak, pusat pendidikan itu akan menyediakan pendidikan agama di peringkat awal kepada kanak-kanak Islam,” katanya.

Sapawi berkata USIA bahagian Sandakan, Tawau dan Semporna telah menyediakan kemudahan yang sama bagi manfaat kanak-kanak Islam di kawasan tersebut.- Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top