Pulau Sebatik Perlu Ada Litar Sukan Permotoran

motor-sebatik.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Pulau Sebatik perlu mempunyai litar sukan permotoran sendiri dan tetap bagi menarik minat golongan muda terlibat dengan aktiviti lasak di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A. Gani Pg. Amir berkata sukan lasak terutamanya permotoran semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda masa kini.

“Litar permotoran tersebut mampu memberikan impak positif kepada pengemar aktiviti lasak kerana mereka boleh melakukannya dengan cara yang sah dan betul.

“Kita tidak mahu golongan muda ini melakukan aksi berbahaya di kawasan awam yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan program ‘One Day Advanture Trail Sebatik Island’ (ADTRAS) 2021, baru-baru ini.

Beliau yang juga penaung Kelab Bermotor Sebatik Serumpun Tawau (Sebatik Serumpun) berkata, sukan permotoran ini mempunyai peminat tersendiri dari negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.

“Dengan adanya litar yang kekal dan diiktiraf boleh menarik minat pengemar sukan ini ke negara kita, sekali gus menjadi satu tarikan pelancongan di Pulau Sebatik.

“Justeru, ia juga dilihat boleh membantu negara menjana pendapatan melalui kehadiran pelumba dan peminat sukan berkenaan,” katanya.

Hassan berkata program ADTRAS yang julung kali diadakan di litar sementara Pulau Sebatik ini telah mendapat sambutan lebih 200 peserta termasuk daripada negara jiran Indonesia.

“Saya berharap program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan kapasiti dan suasana yang lebih ramai,” katanya. – Utusan Borneo

 

Foto: FB Muhajir Aziz

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top