Pulau Daat terjual pada harga RM80 juta?

Pulau-Daat.jpg

Pulau Daat

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pulau Daat, di Labuan, yang mula dijual melalui lelongan pada tahun 2021 dengan harga rizab ditetapkan pada RM135 juta, akhirnya terjual dengan harga yang lebih rendah.

Ia dikatakan dibeli oleh seorang pembeli asing dengan harga sekitar RM80 juta.

Menurut sumber, pembelian tersebut dibuat melalui lelongan selepas beberapa siri lelongan sebelum ini tidak berjaya, lapor media Sabah, Daily Express.

Sumber yang dipercayai itu turut menyatakan bahawa urusan jual beli Pulau Daat dengan pembeli warganegara asing itu juga telah diselesaikan baru-baru ini. Walau bagaimanapun sehingga kini belum ada laporan yang menyatakan identiti pembeli tersebut.

Pulau yang terletak kira-kira enam batu nautika dari pelabuhan dan setengah jalan ke Menumbok itu mendapat liputan meluas pada tahun 2012 apabila Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi agensinya, Perbadanan Labuan mahu menjadikan pulau itu sebagai hab minyak dan gas untuk meningkatkan ekonomi Labuan.

Hartanah tersebut mula dijual melalui lelongan pada tahun 2021 dengan harga rizab ditetapkan pada RM135 juta. Pada tahun 2022, pulau tersebut dilelong sekali lagi dengan harga RM 121.5 juta atau RM4.80 satu kaki persegi oleh pemiliknya pada waktu itu, Potensi Bernas Sdn Bhd yang menamatkan perniagaan mereka.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top