PRU16: UMNO dan titik penyelesaiannya

SSK.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persepsi pengundi Melayu terhadap UMNO adalah penting dan merupakan titik penyelesaian bagi parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata, sebelum sampai ke titik penyelesaian itu UMNO harus meneliti dahulu masalahnya dan kemudian barulah mencari jalan penyelesaian.

Katanya, soalah yang perlu ditanya adakah UMNO sedang menghadapi krisis kredibiliti?

“Jika ya, maka kita perlu bertanya kepada masyarakat Melayu sama ada mereka melihatnya sebagai krisis kredibiliti ‘kepimpinan’ atau krisis kredibiliti ‘parti’?” catat beliau dalam hantaran terbaharunya di Facebook hari ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah yang kini ADUN Usukan itu berkata, persoalan seterusnya ialah sama ada membawa kembali ahli-ahli yang telah dipecat ke pangkuan Umno boleh mengembalikan kredibilitinya di mata pengundi Melayu dan mendapat sokongan mereka terhadap UMNO pada PRU16.

Tambah beliau lagi, konteks pilihan raya umum dan sumbangan UMNO kepada kerajaan Dato Seri Anwar, persepsi pengundi Melayu terhadap UMNO adalah penting.

“Itulah titik penyelesaian,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top