PRU15 Selewat-lewatnya Julai 2022 – Muhyiddin

tsmy-1.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun depan bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata itu adalah akujanjinya dan adalah wajar untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baharu.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa pilihan raya umum ke-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” katanya dalam ucapan khas Bersama Memulihkan Negara yang disiarkan di stesen televisyen tempatan hari ini.

“Sebagai seorang manusia, sudah pasti saya tdak terhindar daripada kelemahan dan kekurangan lebih-lebih lagi dalam keadaan memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ketika negara berdepan dengan pandemik luar biasa sejak lebih setahun yang lepas,” katanya.– BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top