PRU15: Sabah Tidak Akan Bubar DUN

umno-sabah.jpg

Bung (depan, tengah) bersama pemimpin-pemimpin Umno Sabah di Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN Kota Belud dan Tuaran, di Dewan Masyarakat Tun Said, semalam.

Kongsi Bersama

KOTA BELUD: UMNO Sabah menolak kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dibubarkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun tidak mungkin berlaku pilihan raya membabitkan negeri namun persiapan tetap dilakukan secara menyeluruh.

“Kemungkinan itu memang tidak ada (bubar DUN Sabah), cuma dalam politik ini bermacam perkara boleh berlaku, jadi persiapan kita ini adalah secara menyeluruh.

“InsyaAllah kita gerakkan jentera secara menyeluruh, bersiap sedia sebagai parti unggul, ulung dan banyak pengalaman, kita persiapkan dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas sama ada BN turut membuat persediaan jika berlakunya pembubaran DUN Sabah pada PRU kali ini.

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah sebelum itu hadir untuk merasmikan Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN Kota Belud dan Tuaran, di Dewan Masyarakat Tun Said, di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut yakin DUN Sabah tidak akan dibubarkan pada pilihan raya bakal diadakan tidak lama lagi.

“Dalam PRU15 ini kita tidak akan bubarkan DUN.

“Yang akan ada ialah pemilihan atau pilihan raya Parlimen dan kerajaan Persekutuan saja yang Sabah akan bakal pilih nanti,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top