PRU15, Lebih Banyak Isu Berbanding 1MDB, GST – Shafie

shafie-apdal-1.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Warisan meramalkan gelombang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lebih “luar biasa”, berbanding PRU14 susulan pembangkang ketika itu mampu membentuk kerajaan dengan hanya dua isu besar, 1MDB dan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata semua parti politik termasuk Warisan mempunyai kelebihan.

Katanya, ketika ini pelbagai isu berbangkit terutama membabitkan kenaikan harga barang yang sehingga kini belum mampu diselesaikan.

“Menjelang PRU15, pelbagai isu berbangkit khususnya desakan hidup rakyat selepas kenaikan harga barangan yang sehingga kini belum dapat diselesaikan. Gelombang PRU15 dilihat berbeza berbanding sebelum ini memandangkan negara sedang berdepan pelbagai isu yang membelenggu rakyat secara keseluruhan.

“Saya jangkakan bukan mudah untuk mana-mana parti menyatakan mereka boleh menang dalam PRU15 ini dan semua parti politik mempunyai kelebihan, selain rakyat mempunyai lebih banyak pilihan dalam pilihan raya nanti,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Semalam, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, mencadangkan Oktober dan November merupakan tempoh sesuai mengadakan PRU15.

Menurut Harian Metro, Mohamad secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan.

“Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top