PRU15: GRS Akan Sokong Calon BN Di Sabah, Kata Zahid

zahid.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyokong setiap calon yang bakal dikemukakan BN di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Astro Awani Ahmad Zahid berkata, persetujuan itu dicapai selepas pertemuan dan perbincangan antara kepimpinan GRS dan beliau baru-baru ini.

“Saya ingin memaklumkan di Sabah, saya telah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan GRS dan mereka telah memberikan perakuan bahawa gabungan itu akan menyokong semua calon BN.

“Kami amat menghargainya… semoga perkara ini dapat direalisasikan dalam makna sebenar apabila tiba masanya (PRU15),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pertemuan khas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur.

Pertemuan khas itu turut dihadiri ketua-ketua bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pemohonan tujuh parti untuk menyertai BN sama ada sebagai parti teras atau Friends of BN dibawa ke perhatian mesyuarat Dewan Tertinggi BN./

“Kami yakin dengan empat parti teras, lapan parti gabungan atau Friends of BN dan tujuh lagi parti yang mahu menyertai BN,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top