PRU15: DUN Perak Dibubar

DUN-Perak.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menjadi negeri ketiga dibubarkan selepas DUN Pahang dan DUN Perlis hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Watikah tersebut diperoleh pada Ahad,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Berita itu menyusul selepas pembubaran DUN Pahang sepertimana diumum Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan DUN Perlis oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pada Jumaat.

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN Perak kini terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan Bebas (satu).

Saarani yang juga Pengerusi BN Perak pertama kali menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Rabu bagi mempersembahkan hasrat pembubaran DUN sebelum dititahkan sekali lagi menghadap pada Jumaat.

Menurut Saarani, warkah permohonan pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Pembubaran ketiga-tiga DUN adalah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top