PRU15: DAP Tanding 7 Kerusi Di Sabah, Guna Logo PH

phoong-Jin-Zhe.jpg

Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: DAP Sabah akan mempertahankan tiga kawasan parlimen dan bertanding tambahan empat kerusi lagi di bawah logo Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Biro Polisi DAP Sabah Chan Foong Hin.

Chan merupakan peyandang kerusi Kota Kinabalu manakala dua kerusi lagi yang akan dipertahankan oleh DAP ialah Sandakan (Vivien Wong) dan Tenom (Noorita Sual).

Menurut Pengarah Pilihan Raya DAP Sabah, Ginger Phoong Jin Zhe, parti itu akan meletakkan calon baharu berumur bawah 40 tahun di empat kerusi di kawasan bandar dan separa bandar.

“Barisan calon DAP akan menjadi yang paling muda dalam kalangan semua parti politik di Sabah. Saya percaya ia akan menjadi sangat menarik dan agak mencabar,” kata Phoong.

“Calon baharu kami telah berkhidmat dalam parti selama tiga atau empat tahun, dengan akar umbi yang kukuh, lelaki dan wanita, dan Sino-Kadazan.”
Senarai penuh calon akan diumumkan pada 31 Oktober di Tuaran di mana gabungan itu akan mengadakan perhimpunan dengan empat pemimpin tertinggi PH, termasuk pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden Amanah Mohamed Sabu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top