PRU15: Adat Berparti Memang Semua Mahu Bertanding, Nanti Kita Bincang – Bung

Bung-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Beberapa perbincangan dengan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan dibuat membabit kerusi tradisi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, perkara itu penting bagi memperincikan agihan kerusi sekali gus mengelak pertembungan di satu-satu kawasan Parlimen.

“Nanti kita bincang, sebab memang adat berparti ini hampir semua mahu bertanding, cuma kita akan tengok keadaan dia dan nanti kita akan putuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Hari Raya BN Sabah di sini, pada Khamis yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam pada itu Ketua Umno Sabah itu secara prinsipalnya mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa kerjasama solidariti Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini.

“Kita memang mengalu-alukan penubuhan itu sebab kita mementingkan kepentingan negeri Sabah dan juga pembangunan negeri Sabah, itu yang penting.

“Sabah sudah lama ketinggalan dari segi pembangunan, ekonomi dan peluang pekerjaan jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk kita perkukuhkan kerajaan bagi memastikan rakyat Sabah juga berhak hidup dalam keadan yang baik daripada hari ini,” katanya.

Jawatankuasa kerjasama solidariti GRS-BN ditubuhkan bagi menyatukan parti-parti dalam gabungan itu dan BN.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, ia juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top