PRU-15: Rakyat Perlu Berani Buat Keputusan, Elak Kesilapan Berulang

shafie.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sekali lagi mengingatkan rakyat di negara ini untuk mengunakan kuasa mengundi dengan sebaiknya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, rakyat perlu memilih parti yang mempunyai pendirian dan berprinsip agar politik di negara ini dapat distabilkan.

Katanya, Barisan Nasional (BN) sudah memerintah negara ini selama 60 tahun namun, keadaan jalan raya di Sabah masih lagi begitu.

Itu sebabnya pada PRU-15 penting bagi rakyat untuk tidak membuat kesilapan dalam memilih pimpinan yang tiada prinsip dan nilai yang boleh memperlihatkan tamadun pemerintahan negara akan jatuh.

Banyak negara yang kaya-raya menjadi terumbang ambil kerana kepimpinan yang tidak stabil.

Oleh itu, apabila kuasa diberikan kepada rakyat pada PRU-15 maka, gunakan sebaik mungkin agar dapat menyelamatkan ketemadunan pemerintahan negara ini.

“Itu sebabnya Warisan nak satukan rakyat Malaysia. Kalau tidak dapat menyatukan umat, kita tidak akan dapat stabilkan politik di negara ini,” katanya dalam Facebook live kelmarin.

Menurutnya, Warisan mahu memberi pilihan kepada rakyat bagi membawa angin perubahan daripada Timur.

Biarpun bukan mudah dan kemunculan Warisan di Semenanjung dipersoalkan kerana Presidennya daripada Sabah namun, parti ini berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Putrajaya.

Jelasnya, Pas juga dilahrkan di Kelantan namun, mereka bertanding di Sabah dan Sarawak. Jadi seharusnya tidak wujud pertikaian apabila Warisan melebarkan sayap di Semenanjung.

Banyak rakan-rakan lain di Semenanjung Malaysia yang menyatakan hasrat ingin sertai Warisan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top