PRU 15 Pada 8 Oktober Sekadar Spekulasi Cyber Trooper – Wan Junaidi

PRU.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Seorang menteri Kabinet yakin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya akan membubarkan Parlimen selepas membentangkan Bajet 2023, selain faktor lain seperti musim tengkujuh dan banjir.

Berita Harian melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata beliau juga menolak pembubaran akan berlaku pada 1 Sept, seperti yang tular di media sosial kerana menyifatkan tindakan itu dibuat “cyber trooper”.

Katanya, perjalanan pilihan raya akan terjejas memandangkan risiko banjir di beberapa negeri bermula November hingga Februari.

“Saya cukup yakin bahawa perdana menteri akan menunggu Bajet 2023 dahulu. Biasanya, orang politik akan gubal bajet yang baik sebelum ia dibentang dan diluluskan di Parlimen.

“Apabila dah lulus, rakyat dah menikmati kebaikan bajet itu, baru sesuai kalau nak bubar, bubarlah ketika itu,” kata beliau.

Katanya, kerajaan perlu melihat musim tengkujuh pada November dan Disember di Semenanjung, selain berdepan situasi sama pada Januari dan Februari di Sarawak.

Gambar tular itu bertajuk ‘Tarikh2 penting pilihan raya umum ke-15’ memaparkan tarikh pembubaran Parlimen ditetapkan pada 1 Sept, manakala penamaan calon pada 25 Sept dan PRU15 dilaksanakan pada 8 Okt.

Wan Junaidi ketika mengulas gambar berkenaan, berkata ia sekadar spekulasi.

“Pada pandangan saya, berkemungkinan tak menjadi perkara ini. Ini dibuat oleh ‘cyber trooper’ atau orang buat spekulasi, seperti mana spekulasi mengenai jawatan menteri sebelum ini,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top