Proses Rundingan Pemberian Khas 40% Hasil Negeri Masih Berjalan – Hajiji

hajiji-1.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah masih dalam proses rundingan mengenai Pemberian Khas 40 peratus hasil negeri dikutip Kerajaan Persekutuan, tegas Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu berkata, banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses menuntut semula 40 peratus pendapatan negeri selain rakyat negeri ini amat memerlukan hampir separuh daripadanya bagi tujuan pembangunan.

“Dalam konteks tuntutan 40 peratus hasil ini mesti dikembalikan kepada Sabah. (Untuk makluman) kita sedang dan terus menuntut serta berusaha untuk berbincangan dengan Kerajaan Pusat mengenai perkara ini.

“Saya juga suka kita (Sabah) menerima lebih banyak bantuan tetapi dalam mengurus negara ini banyak perkara yang diambil kira. Namun tidak bermakna Sabah tidak memerlukan peruntukan lebih besar,” katanya.

Beliau mengulas mengenai tanda tanya yang timbul mengenai tuntutan 40 peratus pendapatan negeri Sabah berbanding RM6.3 bilion peruntukan yang diterima pada Bajet 2023.

Dalam perbentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat kenaikan RM1.1 bilion diperuntukkan untuk tahun depan berbanding RM5.2 bilion tahun 2022.

Selain itu, Hajiji menyifatkan Bajet 2023 disifatkan sebagai bajet yang berfokuskan kepada pemulihan ekonomi serta merangkumi semua lapisan masyarakat.

“Saya melihat bajet ini adalah satu bajet yang merancakkan lagi pemulihan ekonomi selepas pandemik COVID-19,” katanya.- AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top