Projek Tebatan Banjir Penampang Berjalan Ikut Jadual

hajiji-banjir-penampang.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, program tebatan banjir bagi daerah ini sedang berjalan.

“Kerajaan akan memastikan projek ini disiapkan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir September di Pusat Kebudayaan Sabah di sini hari ini.

Semasa menziarahi mangsa banjir di Kampung Sugud sejurus selepas banjir pada September, Hajiji berkata, dua daripada tiga pakej tebatan banjir telah pun siap.

Sementara itu, Ketua Menteri menggesa kesiapsiagaan menghadapi bencana di seluruh negeri berikutan musim tengkujuh Timur Laut bulan ini.

“Saya telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana daerah di negeri ini supaya sentiasa bersiap siaga dan meletakkan persiapan logistik termasuk pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah,” kata Hajiji.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga bekerjasama rapat dengan agensi Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), khususnya dalam menyalurkan bantuan dan peruntukan kewangan sekiranya berlaku bencana pada musim tengkujuh.

“Kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka, selaras dengan semangat “Keluarga Malaysia” yang menggariskan tiga teras utama iaitu keterangkuman, titik persamaan dan kepuasan.

“Semoga bantuan kewangan daripada Kerajaan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas,” katanya.

Seramai 200 ketua isi rumah (KIR) daripada 937 KIR menerima bantuan tunai RM1,000 hari ini.

Selebihnya isi rumah yang terjejas banjir di daerah ini pada September lalu yang akan menerima bantuan itu dalam tempoh dua minggu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top