Projek tanaman kelapa di tanah rizab ragut untuk tingkatkan ekonomi Tambunan

projek-kelapa-padang-ragut-tambunan.jpg

Kredit foto: Jeffrey G Kitingan Page

Kongsi Bersama

KOTA KINABAL: Lima buah kampung di Daerah Tambunan terlibat dalam Pembangunan Ekonomi melalui Perladangan Kelapa di tanah rizab padang ragut.

Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Usahasama dan kerjasama antara Pemegang Amanah Padang Ragut, Koperasi Pembangunan Ekonomi Rakyat Tambunan Berhad (KOPPER), Penolong Pemungut Hasil Tanah dan Malaysian Kuwaiti Investment Co. berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang menjadi saksi majlis tersebut berkata ia adalah tanda komitmen untuk menjayakan perladangan kelapa di tanah rizab padang ragut di lima buah kampung di Tambunan iaitu Kampung Tondulu, Kampung Papar, Kampung Noudu, Kampung Toboh dan Kampung Kuala Namadan.

Menurutnya Tambunan mempunyai tanah rizab padang ragut seluas 23,490.56 ekar namun sebahagian besarnya terbiar, dan antara sebabnya ialah ternakan kerbau dan lembu telah berkurangan.

Jelasnya, melalui bimbingan dan kerjasama pelbagai pihak, penduduk yang terlibat telah melalui beberapa proses untuk memastikan perladangan kelapa di kawasan padang ragut kampung mereka dapat dilaksanakan.

“Saya amat mengalu-alukan pelabur seperti MKIC, kerana sudi memberi peluang untuk meneroka prospek potensi perladangan kelapa di tanah rizab padang ragut di Tambunan.

“Penggunaan kawasan padang ragut terbiar ini boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat bukan sahaja dari segi peluang pekerjaan, gaji bulanan dan pembahagian dividen, malah dari segi perkongsian kepakaran dan pengalaman.

“Kejayaan pelaksanaan inisiatif ini sudah tentu akan dijadikan contoh ke daerah-daerah lain,” katanya.

Sementara itu Mayor Dato’ Sri Dr Sabin Samitha, bagi pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, turut menerima sumbangan 5000 anak benih kelapa dari Datuk Zurinah Pawanteh bagi pihak MKIC.

 

Sumber: Jeffrey G. Kitingan Page

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top