Projek PFA Di Sabah Mampu Tangani Masalah Pencemaran Disebabkan Babi

Dr-Jeffrey-1.jpg
Kongsi Bersama

TONGOD: Projek Kawasan Penternakan Babi (PFA) di Sabah akan dapat membantu menyelesaikan masalah pencemaran yang disebabkan oleh proses pengeluaran ternakan babi, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata projek itu yang akan dibangunkan di atas sebuah tanah 202 hektar di Tongod, akan dilengkapi dengan teknologi moden bagi memproses daging babi dalam keadaan yang sistematik dan efisyen.

“PFA akan mewujudkan satu industri yang akan dapat menangani masalah pencemaran yang boleh merosakkan alam sekitar.

“Projek juga akan menjadi satu nilai tambah kepada penghasilan daging babi di negeri itu dan menjadi saluran kepada penternak untuk memasarkan ternakan mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi penerangan mengenai PFA di sini, pada Sabtu.

Sesi penerangan itu diadakan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah Dr Normah Yusop.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata PFA dijangka akan mula dimulakan tahun ini dan siap tahun hadapan.

— BERNAMA


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top