Projek Naik Taraf Pasar Tamu Gum-Gum Bermula Tahun Ini

suhaimi-libaran.jpg

Datuk Suhaimi Nasir (Gambar fail)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Projek naik taraf Pasar Tamu Gum-Gum Batu 16, di sini yang bernilai RM2.5 juta menerusi peruntukan kerajaan Persekutuan akan dimulakan pada tahun ini.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, pasar itu bakal berwajah baharu sebaik sahaja kerja-kerja naik taraf itu siap sepenuhnya.

“Pasar tamu ini dilihat dapat memberi manfaat kepada semua peniaga dan menjamin keselesaan pengunjung yang datang.

“Saya berharap projek ini dapat meningkatkan lagi pendapatan peniaga dan petani untuk memasarkan produk agro makanan mereka,” katanya ketika melawat tapak projek Pasar Tamu tersebut, di sini kelmarin

Selain itu, katanya, projek naik taraf Dewan Gum-Gum Batu 16 bernilai RM450,000 juga turut dijalankan dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Suhaimi juga mendapat aduan mengenai isu di Libaran iaitu bulatan jalan di hadapan Tamu Gum-Gum.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengkaji semula bulatan jalan tersebut yang dipercayai punca berlakunya kesesakan terutamanya pada waktu puncak.

“Saya mengharapkan kawasan kampung Gum-Gum mengalami perubahan pembangunan yang drastik dengan adanya rumah kedai, pasar raya, pusat perbankan dan lain-lain.

“Kita percaya pembangunan di sini dapat dilakukan walaupun senario politik negeri masih belum stabil,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top