Program Vaksinasi Secara ‘Walk in’ Di Padang Merdeka Mulai Hari Ini Hingga 1 September

Norliza_awang_alip.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Warga bandar raya yang layak dan belum mendapat suntikan vaksin Covid-19 dijemput hadir secara ‘Walk in’ ke Program Vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu di Padang Merdeka dekat sini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjemput semua warga pusat bandaraya di sini yang masih belum menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya dos pertama, untuk mengunjungi Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 30, 31 Ogos dan 1 September ini bagi mendapatkan suntikan vaksin semasa Program Vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan seawal jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Katanya, program ini diadakan bagi mencapai sasaran 100 peratus warga bandaraya Kota Kinabalu divaksin sekurang-kurangnya 1 dos suntikan vaksin dan dialu-alukan untuk mengambil peluang ini.

‘DBKK berharap warga bandar raya memberi kerjasama menjayakan program vaksinasi ini dan memahami kepentingan mendapat suntikan vaksin serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mempercepat proses pemberian vaksin,” kata Noorliza.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top