Program Sinar Kasih Ramadan santuni mangsa kebakaran

Biro-Kebajikan-PAS-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, di sini terus mendapat perhatian, antaranya daripada Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Negeri Sabah (BKKSPS) dan Kalabakan.

Timbalan Pengerusi BKKSPS, Nur Izzati Yusuf berkata, pihaknya telah menetapkan pemilihan kawasan Kalabakan untuk program Sinar Kasih Ramadan pada tahun ini termasuk menyantuni mangsa kebakaran itu.

“Takdir menetapkan pemilihan kawasan bagi Kalabakan diiringi dengan ujian mangsa kebakaran,” katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama ahli jawatankuasa BKKSPS turun menyampaikan sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan mereka.

Katanya, sebanyak 79 bakul makanan diagihkan kepada mangsa kebakaran selain wang tunai dan naskah Al-Quran di Gelanggang Lorong 4 Keramat, Tanjung Batu Laut Logpond, kelmarin.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin terhadap semua mangsa kebakaran di kampung berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS negeri merangkap Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah berharap semua mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian tersebut.

“Walaupun ujian ini sangat berat lebih-lebih berlaku pada menjelang bulan Ramadan tetapi ia perlu ditempuhi dengan reda,” ujarnya.

Terdahulu, kebakaran yang berlaku pada 6 Mac lepas memusnahkan 52 buah rumah yang membabitkan 79 ketua isi rumah. – HARAKAHDAILY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top