Program Sahur Mega rapatkan silaturrahim

sahur-mega.jpg

Redonah menyampaikan sumbangan kepada Jainab di Masjid Nurush Syifaa Kg. Ongkilan, Kota Marudu di sini semalam.

KOTA MARUDU: Biro Hal Ehwal Wanita Masjid Nurush Syifaa Kg. Ongkilan, Kota Marudu telah menganjurkan program Sahir Mega semalam..

Program tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menter Datuk Redonah Bahanda.

Dalam majlis itu, Redonah memberitahu beliau sangat teruja kerana dapat bersahur beramai-ramai dan solat berjemaah dan jarang sekali diadakan di peringkat kampung.

Katanya sedikit sebanyak, ia mengambalikan perasaan beliau ke zaman kanak-kanak dan semasa remaja ketika menyambut Ramadan di kampung halaman dahulu.

“Semasa kita zaman kanak-kanak ia sebagai sejarah apabila kita merungkai semula mengingatkan betapa susahnya kita untuk bangun bersahur.

“Ibu bapa kita terpaksa berkali-kali mengejutkan kita untuk bangun. Alhamdulillah, atas didikan dan pengalaman demikian, serta atas keinsafan sendiri maka apabila dewasa maka bangun awal untuk bersahur dan mengerjakan solat subuh itu akan lebih teratur dan istiqamah.

“Apa ertinya semua itu, saya menyimpulkan ia adalah didikan Ramadan yang saban tahun kita harungi,” katanya.

Turut hadir pada program itu ialah Jainab Mahmood Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Masjid, Nurush Syifaa Kg. Ongkilan serta jawatakuasa program.

Menurut Redonah aktiviti Sahur Mega yang di anjurkan itu memberi ruang kerjasama kepada ahli kariah setempat semasa membuat persiapan sahur selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat

Dalam masa yang sama juga memberi kesempatan kepada yang kurang mampu untuk menikmati juadah seadanya yang disediakan oleh pihak penganjur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top