Program Minds For Malaysia: Bridging The Skills Gap Dapat Pengiktirafan Kerajaan Negeri

Jaziri-M4M.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pihak Minds For Malaysia (M4M) yang bertanggungjawab menganjurkan program Minds For Malaysia: Bridging The Skills Gap pada 9 Oktober depan mendapat pengiktirafan dari kerajaan Sabah.

Pengerusi M4M Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (gambar) berkata, kerajaan negeri mengiktiraf program M4M apabila Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersetuju untuk bekerjasama menganjurkan program tersebut sebagai antara agenda untuk pembangunan belia seiring dengan keperluan industri dan meningkatkan kesedaran dan mendidik para pelajar, graduan dan belia mengenai kepentingan melengkapkan diri dalam kemahiran dan skil abad ke-21.

“Datuk Seri Hajiji Noor juga akan dijemput sebagai salah seorang pengucaptama dalam program ini yang bakal berlangsung secara dalam talian pada 9 Oktober depan,” kata Jaziri dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Jaziri, Minds For Malaysia: Bridging The Skills Gap adalah satu persidangan secara dalam talian yang bertujuan untuk membina kesedaran dan mendidik graduan mengenai keperluan menguasai kemahiran abad ke-21 (21st century skills) sebagai kebolehpasaran mereka dalam menjamin peluang pekerjaan dan memanam sifat keusahawanan sekaligus mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada yang lain.

 

Katanya, ahli panel terhormat yang terdiri daripada pakar industri, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan akan berkongsi pengalaman serta nasihat mengenai kemahiran insaniah yang sangat diperlukan graduan bagi menjamin peluang pekerjaan apabila menamatkan pengajian.

Dalam program tersebut, panelis terdiri daripada pakar-pakar tempatan dan antarabangsa antaranya dari Jepun, New Zealand, Indonesia dan wakil daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

“Program tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik para pelajar, graduan dan belia mengenai kepentingan IR4.0 dan inovasi digital terutama dalam memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan belia.

“Oleh itu usaha M4M yang akan berkolaborasi dengan Ketua Menteri serta Kerajaan Negeri Sabah dalam program ini adalah seiring dengan usaha untuk membantu dalam pembangunan belia dan graduan yang akan menyumbang kepada kelangsungan di negeri Sabah khususnya,”ujarnya.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top