Program Merakyatkan Seni dan Budaya di Kundasang Semarakkan Semula Aktiviti Seni

nancy-1.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Penganjuran program Merakyatkan Seni dan Budaya di Kundasang, adalah untuk menyemarakkan semula aktiviti seni budaya dengan memaparkan kepelbagaian seni budaya setempat yang mampu meningkatkan dan memacu semula ekonomi negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program seperti ini mampu memaparkan  pelbagai  aktiviti seni dan budaya berbentuk persembahan, pertandingan,  demonstrasi dan bengkel muzik bersama komuniti setempat serta pemberian sumbangan kepada persatuan dan penggiat seni budaya tempatan.

“Setiap aktiviti yang diadakan dapat memberi manfaat kepada komuniti seterusnya memberi  pendapatan berasaskan pembangunan produk,” katanya semasa merasmikan program tersebut.

Dalam pada itu Nancy turut menyampaikan sumbangan kepada penggiat seni budaya setempat yang yang terjejas akibat daripada pandemik COVID- 19. Penerima terdiri daripada tujuh persatuan dan satu galeri dari kumpulan penggiat seni budaya di Kundasang yang menerima insentif seni berbentuk dana berjumlah RM5,000.00 setiap satu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM40,000 bagi membangun kembali aktiviti produk seni.

Pada masa yang sama, beliau turut melancarkan Homestay baharu di Kundasang iaitu Homestay Kampung Stay di bawah pengurusan Walai Tokou Homestay.

Nancy juga berkesempatan melawat tapak gerai sayuran Pekan Kundasang yang menjual pelbagai produk makanan warisan budaya Keluarga Malaysia di Sabah yang boleh diangkat menjadi produk pelancongan di sini.

Katanya, bagi membantu peniaga di sini dan merancakkan lagi aktiviti mereka, MOTAC memperuntukkan bantuan insentif untuk tujuan tersebut.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Ketua Setiausaha Kementetian  Pelancongan  Seni Dan Budaya Malaysia,  Datuk Wira Dr.Noor Zari Hamat, Timbalan  Ketua Setiausaha Kebudayaan Kementerian, Seni Dan Budaya Malaysia,  Saraya Arbi,  Ketua Pengarah  Jabatan  Kebudayaan Dan  Kesenian Negara, Masran Mohd Yusop dan Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir.

 

Foto: Hajah Nancy Haji Shukri

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top