Program mendaki Gunung Kinabalu secara mengundur ditunda

Daki-gostan.jpg

Program amal mendaki Gunung Kinabalu secara mengundur ditunda ke awal tahun hadapan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Program amal mendaki Gunung Kinabalu secara mengundur yang dijadual diadakan pada 3 sehingga 8 September tahun ini ditunda ke awal tahun hadapan.

Presiden Persatuan Suara Anak Sabah (PSAS) yang baharu didaftarkan, Doroni Balantis berkata, penangguhan itu dilakukan disebabkan beberapa faktor termasuk masalah teknikal.

“Jika semuanya berjalan lancar, program amal mendaki gunung Kinabalu ini akan diadakan awal tahun depan.

“Persediaan untuk menjayakan projek amal ini kini giatkan dilakukan dan kita berharap segala urusan penganjuran program itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Doroni, program itu antara lain bertujuan mengumpul dana bagi membantu pelbagai badan bukan kerajaan di negeri ini.

Katanya, Persatuan Pencegah Kanser Sabah pada mulanya diuar-uarkan akan membantu menjayakan program itu, sebelum persatuan baharu, PSAS diberi peluang meneruskan program berkenaan.

Sementara itu, pejalan kaki tahan lasak, Edward Taning, 63, berkata program amal itu sudah lama dirancang iaitu sejak 2020, namun terbantut susulan penguatkuasaan Perinta Kawalan Pergerakan (PKP).

“Maka penganjur pada masa itu persatuan malim gunung Sabah tarik diri dengan alasan masa PKP dan pendaikan gunung pada masa itu tidak dibenarkan.

“Jadi sumbangan yang telah disampaikan kepada persatuan malim gunung telah diagih-agihkan kepada PDK ranau, Persatuan Malim Gunung Sabah dan SK Bundu Tuhan,” katanya.

 

Sumber: Harapan Madani

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top