Program Jelajah Subuh beri impak positif kepada masyarakat

Nizam-larian.jpg

Nizam ketika membuat pelepasan peserta lari subuh di hadapan Masjid Al Ansar, Taman Sawit Balung.

Kongsi Bersama

TAWAU: Program Jelajah Subuh ‘Lari, Subuh Dulu’ yang dianjurkan Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau mampu memberikan impak positif kepada masyarakat di daerah ini supaya sentiasa menjaga kesihatan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program itu juga dilihat sudah menjadi aktiviti yang mendapat sambutan ramai daripada rakyat di negara ini.

Katanya, banyak masjid-masjid sudah menganjurkan aktiviti larian subuh seperti ini dan ia perlu diluaskan lagi ke kawasan-kawasan lain.

“Aktiviti ini dapat menggalakkan orang ramai khususnya masyarakat Islam untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid, selain memberi kesihatan kepada mereka yang menyertai program berkenaan.

“Saya melihat aktiviti ini merupakan satu cara untuk memakmurkan masjid kerana impian kita mahu melihat solat subuh di masjid seperti solat Jumaat kehadiran jemaah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika ditemui dalam Program Jelajah Subuh ‘ Lari, Subuh Dulu’ di Masjid Al Ansar, Taman Sawit Balung, di sini semalam.

Menurutnya, aktiviti ini juga perlu dilaksanakan selalu, bukannya bermusim kerana ia boleh mendidik diri masyarakat ke arah yang lebih baik.

“Sudah pasti bila kita melibatkan diri dengan aktiviti di masjid, dengan sendirinya akan mendidik supaya sentiasa melakukan perkara-perkara yang positif.

“Golongan remaja perlu diberi pendedahan dengan aktiviti di masjid supaya mereka tidak terlibat dengan perkara yang sia-sia,” katanya.

Nizam berkata, program yang memberikan manfaat ini juga turut memberi peringatan kepada masyarakat tentang persiapan pada hari akhirat.

“Saya menyeru seluruh masjid di perbandaran Tawau supaya mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti-aktiviti sebegini,” katanya. –  Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top