Program Insentif Benih Padi Sah akan dilaksana di Sabah, Sarawak

mohamad-sabu.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Program Insentif Benih Padi Sah (BPS) akan dilaksana di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ketika ini perbincangan bersama pihak pertanian di kedua-dua negeri itu sedang berjalan aktif bagi memastikan petani menerima manfaat sama seperti di Semenanjung.

“Kita akan berbincang terus dengan pihak pertanian negeri Sabah dan Sarawak, setakat ini mereka memberi reaksi yang positif untuk menerima benih-benih baharu. Ini yang kita harapkan.

“Insya-Allah, Sabah dan Sarawak ini mereka bersedia dengan secara aktif sekarang untuk membantu ke arah kadar sara diri (SSR) beras kita di negara ini. Perbincangan peringkat pegawai ini sedang berjalan, insya-Allah, akan terjelma hasil yang baik supaya Sabah dan Sarawak ini menjadi jelapang padi kedua bagi Malaysia pada masa akan datang”, katanya dalam sesi Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi mengenai perancangan kementerian melaksana BPS di Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, dewan turut dimaklumkan sebanyak 22 lesen pengeluaran benih padi telah ditarik menerusi Op BPS yang dijalankan di zon utara sejak ia dilaksana pada 7 November lalu. Op berkenaan dijadual berakhir pada 21 November depan. – Berita RTM

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top