Program INNO4C (DPUB) Sabah 2019 Perkukuh Pembangunan Inklusif

usm.jpg
Kongsi Bersama

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui USAINS INFOTECH SDN. BHD (USAINS) telah diberi mandat oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melaksanakan Program Innovation for Community (INNO4C) di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) Sabah 2019. Program ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) dan Third Rolling Plan (RP3) bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.

USM telah berkolaborasi dengan Yayasan Sabah (YS) serta beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Lembaga Lada Malaysia (MPB), Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perikanan Sabah (DoF Sabah) dan dalam pada masa yang sama, USM masih dalam proses mengembangkan lagi kolaborasi dengan beberapa agensi yang lain.

Pelaksanaan Program INNO4C (DPUB) Sabah 2019 melibatkan empat (4) buah projek dan enam (6) buah kawasan seperti berikut:

  1. Pepper Scale – Up Project di Kampung Lompios, Kota Belud dan Kampung Puhus, Tamparuli,
  2. Belacan Scale – Up Project di Kampung Laut, Papar,
  3. Tiram Scale – Up Project di Kampung Lentuong, Tuaran dan Kampung Penimbawan, Tuaran
  4. Ambatu Kelarai Scale – Up Project di Kampung Tinura, Ulu Tomani, Kemabong, Tenom

Ketua Program INNO4C (DPUB) Sabah 2019 merangkap Pengarah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) di USM, Pulau Pinang, Syed Yusof Syed Kechik berharap agar pelaksanaan program seumpama ini dapat di pelbagaikan dan diperbanyakkan lagi dalam usaha membantu meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi golongan B40 bumiputera khususnya di Wilayah Sabah.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top