Program Ibadah Korban: PAS Tawau Edar 500kg Daging Lembu

korban-pas-tawau.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Sebanyak 500 kilogram (kg) daging lembu diagihkan kepada golongan asnaf di daerah ini dalam program ibadah korban yang dianjurkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kawasan Tawau, kelmarin.

Ketua Pemudanya, Rosli Hassan berkata, tahun ini PAS Tawau telah menyembelih 28 ekor lembu di beberapa kawasan terpilih di daerah ini.

“Program itu berjalan lancar walaupun bilangan sukarelawan yang dapat hadir terhad seperti yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak berkuasa.

“Selain itu, kita terpaksa membahagikan beberapa kumpulan di kawasan lain kerana SOP yang dibenarkan hanya lima ekor lembu untuk dalam satu kawasan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, pada tahun sebelumnya, semua lembu korban dibuat di satu kawasan sahaja bagi memudahkan pemantauan dan sukarelawan berkumpul.

“Namun, ianya agak berbeza tahun ini dan ianya perlu dipatuhi dalam kita mengelak perkumpulan ramai yang boleh menyebabkan berlakunya penularan wabak,” katanya.

Menurutnya, semua daging korban tersebut diagihkan di 25 tempat dan kampung yang sudah dikenal pasti mempunyai penduduk kurang berkemampuan.

Dalam pada itu, katanya, PAS Tawau juga turut berjaya mengurus sebanyak 46 ekor lembu yang telah ditempah oleh masjid dan individu yang berniat untuk melakukan ibadah korban tahun ini.

“PAS Tawau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan program ibadah korban tahun ini,” katanya. – Utusan Borneo

Foto: PAS Kawasan Tawau

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top