Program Bank Makanan – Pertukaran Dengan Sampah-Sarap Ditangguh Sementara

makanan-tukar.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Program Bank Makanan – Pertukaran dengan Sampah-Sarap telah ditangguhkan sementara berikutan kekurangan dana selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Program itu telah diperkenalkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung pada 26 November 2020 yang memberi peluang kepada penduduk Sim-Sim untuk mengutip sampah dan ditukarkan kepada makanan.

Sebanyak 3,000 pek makanan telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan menerusi program itu yang berpusat di Jambatan H, Sim-Sim.

Beliau mengumumkan penangguhan program berkenaan di laman Facebook rasminya, kelmarin.

“Program ini berjaya hasil daripada sokongan orang ramai dan organisasi. Berikutan DAP kini di blok pembangkang dan tiada dana daripada kerajaan negeri, DAP tiada pilihan dari menangguhkan program ini hingga kita berjaya mengumpul sumber atau dana yang mencukupi untuk meneruskannya,” katanya.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberi sokongan kepada program itu.

Frankie turut memberi jaminan apabila pasukannya berjaya mengumpul dana mencukupi, program itu akan diteruskan semula.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai atau organisasi yang berminat memberi sumbangan dalam bentuk makanan atau dana boleh menghubungi pasukannya di talian 012-8276715 atau menyalurkan sumbangan ke akaun DAP Tanjong Papat Disaster Relief Fund (Public Bank – 3221370605). – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top