Program Amal Jelajah Berbuka puasa selaras dengan konsep Malaysia Madani – Jasnih

amal-jelajah-buka-puasa.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Prorgam Amal Jelajah Berbuka puasa perlu diperluaskan kepada perayaan utama yang lain agar ia selaras dengan konsep ‘Malaysia MADANI’ yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya berkata, konsep jelajah ini sangat bertepatan dilihat mampu memupuk masyarakat bertamadun sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan mereka.

Katanya, jika diperluaskan ke perayaan lain sudah tentu lebih ramai masyarakat kurang berkemampuan dapat dibantu selaras untuk merealisasikan gagasan berimpak tinggi dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

“Kita berbangga kerana kalangan penerima sumbangan bukan hanya terhad kepada masyarakat Islam malah mereka bukan Islam juga dapat menerima bantuan mereka.

“Ini merupakan salah satu contoh terbaik kerana syarikat Kim Teck Cheong meskipun bukan beragama Islam namun sangat bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan kepada 25 bahagian di negeri Sabah,” katanya dalam majlis berbuka puasa di sini.

Jasnih berkata, beliau difahamkan setiap kali program bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bersama Syarikat Kim Teck Cheong seringkali mendapat mendapat sambutan baik di seluruh negeri.

“Sebagai contoh jelas pada setiap majlis berbuka puasa lebih kurang 300 hingga 500 masyarakat hadir disamping lebih 700 kanak-kanak kurang berkemampuan memperoleh bantuan mereka.

“Antara program menarik perhatian mereka adalah aktiviti shopping raya yang membabitkan kanak-kanak kurang berkemampuan iaitu di 10 kawasan di seluruh negeri Sabah,” jelas Jasnih.

Beliau menambah, syarikat Kim Teck Cheong bukanlah anak syarikat kerajaan negeri namun pengelibatan mereka bersama-sama menyalurkan sumbangan kepada yang memerlukan disepanjang bulan Ramadan harus diberi pujian.

“Sekali lagi kita berharap agar syarikat Kim Teck Cheong dapat memikirkan agar mereka juga terlibat dalam perayaan lain agar lebih ramai masyarakat kurang berkemampuan dapat dibantu di masa depan,” tambah Jasnih. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top