Produk pelancongan anak tempatan Keningau terima anugerah pengiktirafan

anugerah-keningau.jpg

engarah Urusan Taman Bandukan Riverside Resort Sdn Bhd (TBRR) Rafie Robert menunjukkan anugerah "Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA)" kategori "SME Tourism, Boutique Resort" pada BBEA Awards Gala 2023 di Kuala Lumpur.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Taman Bandukan Riverside Resort Sdn Bhd (TBRR) Keningau yang bakal menyambut ulang tahun ke-22 pada Oktober 2024 terpilih menerima anugerah pengiktirafan “Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA)” kategori “SME Tourism, Boutique Resort” pada BBEA Awards Gala 2023.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyampaikan anugerah itu pada malam gala yang diadakan di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur, kelmarin (Khamis).

Pengarah Urusan TBRR, Rafie Robert merupakan satu-satunya penerima anugerah dalam kategori tersebut daripada 70 penerima anugerah dalam pelbagai kategori perusahaan dari seluruh Malaysia.

Beliau berharap penganugerahan ini akan membuka pintu kepada produk-produk pelancongan di sekitar daerah Keningau untuk turut diteroka dan menjadi destinasi pelancongan kepada pengunjung yang datang ke Sabah sama ada pelancong domestik atau luar negara.

Sementara itu, dalam temu bual rancangan “Apa Khabar Malaysia” di Wisma Bernama pada Rabu (29 November 2023), sehari sebelum hari penganugerahan, Rafie Robert berkata, Taman Bandukan Riverside Resort masih dalam fasa pembangunan dan berharap agar ianya akan mencapai taraf destinasi pelancongan antarabangsa.

“Kita berharap TBRR akan menjadi tarikan utama pelancong luar yang berkunjung ke Sabah”, tambahnya.

Pengerusi Bumiputera Business Excellence Awards 2023, Mahathir Mahzan dalam ucapannya berharap akan ada lebih banyak wajah baharu dan lama yang akan tampil dan turut serta menerima pengiktirafan berprestij ini pada masa akan datang.

“Sesungguhnya, anugerah ini bakal menjadi pembakar semangat untuk memastikan lebih banyak kejayaan yang luar biasa yang dicapai oleh usahawan dan syarikat-syarikat bumiputera”, katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top